Hukum Mim dan Nun Bertasydid (Bersabdu)
Ketika kita membaca Al-Quran, kita sering menemukan huruf mim dan nun yang terdapat tanda tasydid di atasnya. Lalu apa hukumnya dalam ilmu tajwid? Bagaimana cara membacanya? Berikut jawabannya.
|
Mim dan Nun Bersabdu |
1. Mim Bersabdu
Mim bersabdu menunjukkan dua Mim yang bersatu,
pertama sukun dan kedua berbaris. Mim sukun dimasukkan ke dalam Mim yang
berbaris sehingga kedua-duanya membentuk satu huruf yang bersabdu. Tanda
sabdu ialah seperti kepala huruf Sin yang berada di atas huruf.
Contoh mim bersabdu:
ثُمَّ - مُحَمَّدٌ – تُحَمِّلْنَا - عَذَابٌ مُّقِيْمٌ
Beberapa keadaan yang menjadikan Mim bersabdu:
a. Idgham secara sharaf
تُحَمِّلْنَا (تُحَمْمِلْنَا)
b. Idgham bighunnah
عَذَابٌ
مُّقِيْمٌ
c. Idgham mitslain
لَهُمْ مَّا
2. Nun Bersabdu
Nun yang bersabdu pada asalnya
terdiri dari dua huruf Nun, iaitu huruf yang pertama sukun dan yang kedua
berbaris. Lalu kedua Nun tersebut digabungkan sehingga menjadi Nun bersabdu.
Contoh nun
bertasydid
إِنَّا – مِنْ نِّعْمَةٍ - مَلِكِ النَّاسِ
Beberapa keadaan yang menjadikan Mim bersabdu:
a. Idgham secara sharaf
فِيْهِنَّ
(فِيْهِنْنَ)
b. Idgham bighunnah
عَامِلَةٌ نَّاصِبَةٌ
c. Idgham syamsiyyah
مَلِكِ النَّاسِ
Hukum Mim dan Nun yang bersabdu adalah wajib dibaca secara
Ghunnah atau dengung. Ghunnah menurut bahasa mengeluarkan bunyi melalui hidung
atau suara lembut yang keluar dari rongga hidung (khaisyum) berikutan dengan
menurunkan anak lidah dan terbukanya langit-langit lembut. Ghunnah menurut
istilah ilmu tajwid ialah suara lembut dan sedap yang berada pada huruf nun dan
mim. Ghunnah yang berlaku pada Mim dan Nun bersabdu disebut juga ghunnah
musyaddadah.
Contoh ayat di
Al-Qur’an yang terdapat ghunnah musyaddadah:
فِي عَمَدٍ مُمَدَّدَةٍ
مِنَ الْجِنَّةِ وَالنَّاسِ
إِنَّا أَعْطَيْنَاكَ الْكَوْثَرَ
إِنَّهَا عَلَيْهِمْ مُؤْصَدَةٌ
فَجَعَلَهُمْ كَعَصْفٍ مَّأْكُولٍ
تَرْمِيهِمْ بِحِجَارَةٍ مِنْ سِجِّيلٍ
وَمِنْ شَرِّ النَّفَّاثَاتِ فِي الْعُقَدِ
Sekian dan
semoga bermanfaat.
Belum ada tanggapan untuk "Hukum Mim dan Nun Bersabdu (Bertasydid)"
Post a Comment
Dilarang membagikan link judi, pornografi, narkoba, dan kekerasan. Terimakasih.